Peneman Setia ®

25 November 2011

Home Sweet Home. !

Asalamualaikum..
tanggal 24112012 tarikh tamat lah aku di Semester 3 selamat tinggai semester 3..
aku menunggu pula Semester yg akan datang.. ..
da sampai rumah. kepala otak dah pikirkan mcm 2 .. dlm kepala otak nie ada list sepanjng cuti 3 minggu nie..
maybe aku busy pda personal training.. tp at least aku ada jgk kerja nk di buat citu nie.. hehe meh meh..
berat doh..
cuit nie aku ingt nak Fit kan badan.tp boleh ke ?
insyaALLAH hanya Tuhan saja yg tahu selain berusaha kan kan kan.. haha..






25112011 
balik lah suda buah hati aku .. antar nya ke pelabuhan stesen kereta api.. hehe..
aku berdoa dia sampai umah dgn selamat..
seronok sangat dpt keluar sama2..
dapat luangkan masa walau pon sekejap.
thankssayanggg !




ok..
utk 26112011
bermula lah revolusi yg baru di mana segala impian atau pon usaha aku utik fits kan badan bermula..
utk menghadapi MSP rugby ..
aku bersedia..
okay lah esok dah nak start apa yg ptot.. aku ingat aku nak lena dulu..
apa2 pon insyaALLAH blog nie akan sentiasa di Update sepanang cuti nie..
okay good nite all.. 


ASALAMUALAIKUM..

23 November 2011

Cinta itu tak bermusim

Asalamulaikum..
hee aku tgh stdy nie tp ntah mcm mana boleh plak nak keluarkan entri nie kan.. tp nie bkan aku tulis la.. hee.. bacaan utk semua pembaca(betulkan ayat aku) hee.. baca lah erk..








Bulan Rabiul Awal bulan indah penuh nostalgia bagi semua umat Islam. Tapi hanya bagi mereka yang merasai manisnya iman yang sebenar.


Perarakkan, selawat, ceramah, bacaan rawi dan makan-makan antara keraian umat ini dalam memperingati seorang kekasih yang sekian lama meningggalkan kita.


Anda punyai seorang kekasih, apakah yang pasti dilakukan agar cinta yang tersemi makin segar dan mekar indah? Saya percaya pasangan couple lebih memahami approach terbaik agar tasbih cinta makin rancak zikirnya.


Hal yang sama perlu kita fikirkan bila mengaku Rasulullah saw sebagai kekasih hati.




Cinta yang segar, cinta tanpa musim.


Seorang suami yang menyayangi isterinya secara bermusim, setahun sekali. Mampukah cinta sebegini dinobatkan sebagai cinta sejati?


Setahun sekali melafazkan ayat-ayat cinta.


Setahun sekali menurut segala kehendak si isteri.


Setahun sekali keluar melancong.


Semuanya digambarkan sehari dalam setahun.


Bagitu juga halnya dengan cinta kepada Rasulullah saw


Setahun sekali selawat dialunkan


Setahun sekali sunnah diamalkan


Setahun sekali .......


Adakah ini cinta sebenar?


Saya yakin sekiranya rumahtangga yang terbina dengan keindahan setahun sekali, ianya mungkin indah dipandang dari luar namun ibarat rumah yang dimamah anai-anai. Menanti sebuah keruntuhan.


Tuntasnya, cinta bermusim kepada Rasulullah saw seolah-olah cinta tanpa isi.
Tidak salah Rabiul Awal dijadikan medan penyebab mekarnya sayang Rasul, namun jadikan ianya anjakan untuk cinta itu terus menerus subur dalam dakapan jiwa nurani.




Berbalaskah sebuah cinta?


Mana mungkin sebuah perasaan kasih hanya daripada sebelah pihak. Mungkin sebab itu istilah Bahasa Melayunya ¡®kasih sayang' lebih menjelaskan maksud yang dalam pengertiannya.


Cinta juga kasih dan sayang adalah kesan akibat daripada dua perasaan yang berhubungan. Mudah sekali melafaz kata-kata cinta, tapi untuk mendapat balasannya sesuatu yang masih belum kepastiannya.


Mana ada yang mengaku tak sayang kepada Rasulullah saw. Tapi yang banyaknya tidak lebih daripada sebuah lafaz. Mungkinkah cinta kita dengan Rasul saw masih bertepuk disebelah tangan?


Cinta sejati pastinya bersyarat. Ada bezanya antara cinta suami dan isteri, anak dan ibubapa bila dibandingkan dengan cinta kepada Rasulullah saw. Syaratnya lebih mudah namun pelaksanaanya memohon korban. Korban nafsu dan semangat mujahadah.




Syarat sebuah cinta


Tiga golongon yang mampu mengecapi kemanisan iman :




Allah dan Rasul lebih sayangi daripada segala-galanya
Tidak dia mengasihi seseorang kecuali semata-mata kerana Allah
Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke jurang neraka.
(Mafhum Hadis)


Syaratnya cukup mudah. Sayang mesti lebih daripada yang lain. Sayang Allah dan Rasul lebih daripada sayang ibubapa, isteri, suami, anak-anak, harta, pangkat dan segala-galanya.


Sayang bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah nabi saw daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.


Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau beeselawat maupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad, ......


Tanda kasih sayang kepada Rasullullah saw juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh. Juga wara' walaupun pada perkara yang halal.


Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudung.


Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.


Salam kasih dan sayang.

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata







"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH


Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..


Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..






Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .


Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .


Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .






Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .


Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.






Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."






Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..






Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."






Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.






Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya... 

Antara Sabar Dan Mengeluh



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

21 November 2011

Sawang

Asalamualaikum..
Exam tinggal lg beberapa hari..tp aku kat sini rilex lg ..
ada lg 2 paper stret lg nie.. gena nak jwb..
ingat kepala otak aku boleh sumbat semua tu(boleh ja kalo baca..)
tapi 1 lah.. aku tak suka membaca, haha suka kan pratikal lg dari teori..
kekadang tu.. bla bla bla.. haha..


aku taktau nak cita apa pagi nie.. buk blog org teringat blog yg bersawang..
sian plak dpt owner malas plak tu..ish2 ish.. hadoiian.. 

aku tak tido lg bkan sbb aku stdy ke apa.. takut terlepas solat subuh..
hehe kunci jam tak bangun.. so jaga lah.. kadang2 tgk movie..main game.. n stdy lah jugak.. kot2 
masuk dlm kepala otak.. kan kan kan..

ada 1 ayat nie "If you're really strong then prove your self by removing your blankets in fajar..."
aku takut tertinggal solat subuh..
sbb..
Carilah Kekuatan di sebalik Solat SUBUH.
umat yang menjaga solat SUBUH akan Teguh..
Sesungguhnya Rahsia kekuatan Ummah ada pada
solat subuh berjemaah"

CAHAYA DALAM KEGELAPAN SUBUH

sbb tu lah aku nak jaga solat subuh aku.. aku nak ja kejutkan Roomate aku nie.. bia boleh 
jemaah sekali..
kan dpt pahala yang banyak..
hee. 
ok lah dah masuk waktu nie.. aku nak solat dulu.. ada benda lg nak buat pgie esok..

Kepada yg masih ada paper.. Gudluck and try your best. !
Asalamualaikum..