Peneman Setia ®

16 December 2011

Berkampung Di Poli.

Assalamualaikum..
haih dah bersawang blog cheq nie..
almaklum busy sikit.. sowy2...
hehehe

aku dah masuk poli dah. awai plak tu.. huhu
orang lain tak masuk lg poli tp aku dah masuk dah. haha
aku masuk nie sbb ada sbb dan tujuan nya..
tmbhan pula budak2 baru nak masuk poli so persiapan aku utk ke poli.

haha
haih tinggai blog bersawang habes.. sory sbb cuti tu training rugby dan MSP rugby 2011 kat
shah alam huhu..
pengalaman yg di peroleh  tu amat bermakna utk MSP 2012.
one touch.
one pack !
ahaha


nanti aku tulis lg entry pasaL KELAB aku join.
KELAB FASILITATOR..

one family .
one hearts.

03 December 2011

Lirik Lagu Percintaan Ini – Ezad Lazim

Lirik Lagu Percintaan Ini – Ezad Lazim
Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Ooh… o.h….oohh…
Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggalku sendiri

Korus :
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Sia – sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Ohh..Ohh…Oh….

25 November 2011

Home Sweet Home. !

Asalamualaikum..
tanggal 24112012 tarikh tamat lah aku di Semester 3 selamat tinggai semester 3..
aku menunggu pula Semester yg akan datang.. ..
da sampai rumah. kepala otak dah pikirkan mcm 2 .. dlm kepala otak nie ada list sepanjng cuti 3 minggu nie..
maybe aku busy pda personal training.. tp at least aku ada jgk kerja nk di buat citu nie.. hehe meh meh..
berat doh..
cuit nie aku ingt nak Fit kan badan.tp boleh ke ?
insyaALLAH hanya Tuhan saja yg tahu selain berusaha kan kan kan.. haha..






25112011 
balik lah suda buah hati aku .. antar nya ke pelabuhan stesen kereta api.. hehe..
aku berdoa dia sampai umah dgn selamat..
seronok sangat dpt keluar sama2..
dapat luangkan masa walau pon sekejap.
thankssayanggg !




ok..
utk 26112011
bermula lah revolusi yg baru di mana segala impian atau pon usaha aku utik fits kan badan bermula..
utk menghadapi MSP rugby ..
aku bersedia..
okay lah esok dah nak start apa yg ptot.. aku ingat aku nak lena dulu..
apa2 pon insyaALLAH blog nie akan sentiasa di Update sepanang cuti nie..
okay good nite all.. 


ASALAMUALAIKUM..

23 November 2011

Cinta itu tak bermusim

Asalamulaikum..
hee aku tgh stdy nie tp ntah mcm mana boleh plak nak keluarkan entri nie kan.. tp nie bkan aku tulis la.. hee.. bacaan utk semua pembaca(betulkan ayat aku) hee.. baca lah erk..








Bulan Rabiul Awal bulan indah penuh nostalgia bagi semua umat Islam. Tapi hanya bagi mereka yang merasai manisnya iman yang sebenar.


Perarakkan, selawat, ceramah, bacaan rawi dan makan-makan antara keraian umat ini dalam memperingati seorang kekasih yang sekian lama meningggalkan kita.


Anda punyai seorang kekasih, apakah yang pasti dilakukan agar cinta yang tersemi makin segar dan mekar indah? Saya percaya pasangan couple lebih memahami approach terbaik agar tasbih cinta makin rancak zikirnya.


Hal yang sama perlu kita fikirkan bila mengaku Rasulullah saw sebagai kekasih hati.




Cinta yang segar, cinta tanpa musim.


Seorang suami yang menyayangi isterinya secara bermusim, setahun sekali. Mampukah cinta sebegini dinobatkan sebagai cinta sejati?


Setahun sekali melafazkan ayat-ayat cinta.


Setahun sekali menurut segala kehendak si isteri.


Setahun sekali keluar melancong.


Semuanya digambarkan sehari dalam setahun.


Bagitu juga halnya dengan cinta kepada Rasulullah saw


Setahun sekali selawat dialunkan


Setahun sekali sunnah diamalkan


Setahun sekali .......


Adakah ini cinta sebenar?


Saya yakin sekiranya rumahtangga yang terbina dengan keindahan setahun sekali, ianya mungkin indah dipandang dari luar namun ibarat rumah yang dimamah anai-anai. Menanti sebuah keruntuhan.


Tuntasnya, cinta bermusim kepada Rasulullah saw seolah-olah cinta tanpa isi.
Tidak salah Rabiul Awal dijadikan medan penyebab mekarnya sayang Rasul, namun jadikan ianya anjakan untuk cinta itu terus menerus subur dalam dakapan jiwa nurani.




Berbalaskah sebuah cinta?


Mana mungkin sebuah perasaan kasih hanya daripada sebelah pihak. Mungkin sebab itu istilah Bahasa Melayunya ¡®kasih sayang' lebih menjelaskan maksud yang dalam pengertiannya.


Cinta juga kasih dan sayang adalah kesan akibat daripada dua perasaan yang berhubungan. Mudah sekali melafaz kata-kata cinta, tapi untuk mendapat balasannya sesuatu yang masih belum kepastiannya.


Mana ada yang mengaku tak sayang kepada Rasulullah saw. Tapi yang banyaknya tidak lebih daripada sebuah lafaz. Mungkinkah cinta kita dengan Rasul saw masih bertepuk disebelah tangan?


Cinta sejati pastinya bersyarat. Ada bezanya antara cinta suami dan isteri, anak dan ibubapa bila dibandingkan dengan cinta kepada Rasulullah saw. Syaratnya lebih mudah namun pelaksanaanya memohon korban. Korban nafsu dan semangat mujahadah.




Syarat sebuah cinta


Tiga golongon yang mampu mengecapi kemanisan iman :




Allah dan Rasul lebih sayangi daripada segala-galanya
Tidak dia mengasihi seseorang kecuali semata-mata kerana Allah
Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke jurang neraka.
(Mafhum Hadis)


Syaratnya cukup mudah. Sayang mesti lebih daripada yang lain. Sayang Allah dan Rasul lebih daripada sayang ibubapa, isteri, suami, anak-anak, harta, pangkat dan segala-galanya.


Sayang bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah nabi saw daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.


Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau beeselawat maupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad, ......


Tanda kasih sayang kepada Rasullullah saw juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh. Juga wara' walaupun pada perkara yang halal.


Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudung.


Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.


Salam kasih dan sayang.

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata







"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH


Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..


Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..






Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .


Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .


Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .






Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .


Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.






Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."






Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..






Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."






Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.






Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya... 

Antara Sabar Dan Mengeluh



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

21 November 2011

Sawang

Asalamualaikum..
Exam tinggal lg beberapa hari..tp aku kat sini rilex lg ..
ada lg 2 paper stret lg nie.. gena nak jwb..
ingat kepala otak aku boleh sumbat semua tu(boleh ja kalo baca..)
tapi 1 lah.. aku tak suka membaca, haha suka kan pratikal lg dari teori..
kekadang tu.. bla bla bla.. haha..


aku taktau nak cita apa pagi nie.. buk blog org teringat blog yg bersawang..
sian plak dpt owner malas plak tu..ish2 ish.. hadoiian.. 

aku tak tido lg bkan sbb aku stdy ke apa.. takut terlepas solat subuh..
hehe kunci jam tak bangun.. so jaga lah.. kadang2 tgk movie..main game.. n stdy lah jugak.. kot2 
masuk dlm kepala otak.. kan kan kan..

ada 1 ayat nie "If you're really strong then prove your self by removing your blankets in fajar..."
aku takut tertinggal solat subuh..
sbb..
Carilah Kekuatan di sebalik Solat SUBUH.
umat yang menjaga solat SUBUH akan Teguh..
Sesungguhnya Rahsia kekuatan Ummah ada pada
solat subuh berjemaah"

CAHAYA DALAM KEGELAPAN SUBUH

sbb tu lah aku nak jaga solat subuh aku.. aku nak ja kejutkan Roomate aku nie.. bia boleh 
jemaah sekali..
kan dpt pahala yang banyak..
hee. 
ok lah dah masuk waktu nie.. aku nak solat dulu.. ada benda lg nak buat pgie esok..

Kepada yg masih ada paper.. Gudluck and try your best. !
Asalamualaikum..

10 November 2011

cuitkan hati

Assalamualaikum


Disebabkan saya tak boleh tido lagi.. ada 1 cerita yg boleh di kongsi =) (cP)


Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K....


Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun:  pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit


Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.. ,_._,__
 

lama tak menulis entri

salam semua..
lama aku tak update blog..  sementara aku belum tidoq lg nie..
aku nak la jgk update blog aku yg dah bersawang nie..
ha...
lama jugak ouh aku tak update blog...




nak di jadi kan ceritanya.. EXAM da dekat. !
tp preparation aku nie belum ada.. but dekkk jee..
hadoi.. fikri fikri apa lah nak jadi..
tapi aku dalam diam buat jugak kerja ceq..
ha.. tak caya eh ?
takpa tak yah caya. haha
buat taktau.. haha




BTW.. aku nak wish to all my friend sama ada SPM or FINAL EXAM !
i wish your all gud luck for final.. do the best.. ! grabe all the A+.. okey ?


       


Bukan aku sorang tapi untuk semua





23 October 2011

Hai selamat kembali

Asalamualaikum dan selamat semua pembaca blog aku !
da bersawang blog aku nie eh..
ada owner yg pemalas mcm aku nie haoh apa la nak jadi. hehe
haha sorry la dgn seminggu yg mmg busy , mmg tak sempat nak update blog.
aku punya schedule minggu yg amat busy tu..

isnin - pagi kelas, balik petang training, malam meeting.
selasa -pagi kelas, balik petang training, malam meeting.
rabu-pagi kelas, balik petang training, malam meeting.
khamis-pagi kelas, balik petang training, kls gnti.
jumaat-pagi kelas, balik petang training, mlm tido.
sabtu-tournemant rugby UUM open kat UUM 10's
ahad-masuk hutan belakang poly.

tp aku tak kesah sbb aku dapat 1 experience baru time main rugby kat UUM.
team aku main tu semua team yg ada experience yg cekang2. semua star..
tp aku dan poli aku p atas ticket "under Dog"...

semua game kalah kecuali dgn UUM(tuan rumah) kami seri 0-0.

nama group
-sahoca
-blackhawk
-langkawi eagle
-UUM
-RB Forienter

dalam bnyk2 nie. team paling kuat sahoca dan blackhawk.
tp team kami bnyk da injured.. dan dalam game yg patut mng dgn langkawi eagle dan RB Forienter pon kami boleh kalah.

tapi takpa aku tak kecewa.(sbb yg ter sayang ada) <3
sbb aku belajar dari pengalaman.
aku tak takut. tp aku nak perbaiki kelemahan team2 aku dan kawan2 aku.

so lepas nie budak koko jadi mangsa. hehe
en jo da set 1 game dgn first team main rabu minggu depan lepas depavali. hehe
mmg aku rentap budak2 koko la..
sorry. hehe

nt aku sambung balik sbb nak study. ada test kata kan.. hehe
nt aku update yg terbaru eh. chalo! asalamualaikum

13 October 2011

baca lah

...:::::NASIHAT SEPANJANG ZAMAN:::::...

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.
 

10 October 2011

Renung-renungkanlah..

renung-renungkan..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan
kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa
pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca
tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh
simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada
yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak
berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut
memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana
tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah
pendapatan. (masalahnya tuan rumah mmg mengharap salam kaut tu...)

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan
dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan
apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
(problemnya bila kita habiskan makanan, tuan rumah kata kita pelahap
pulak...macam mana tu???)

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan
di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan
rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan
di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa lah yang terendah. Bukankah
terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana
selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak
bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas
khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan
berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru
Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat daripada
tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan
itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki
Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk
jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel
tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi
kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada
kawan2 kita??

09 October 2011

inikah cinta?

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu
kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt
pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau
mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang
kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah
sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette
kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin
flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia
risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan
semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan
sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila
dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya
lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang
paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian
besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan
bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun
hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak
pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal
melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup..

Awk saya sayang awak ja..

awk.. maafkan saya apa yang telah saya lakukan pada awk..
buat awk sampai mcm tu sekali.. sy minta maaf sangat2..
kita mulakan buku baru sayang..
saya jnji tak mengulangi kesilapan saya..

saya hanya xinta dan sayang HANIM MANAP !



awk dan saya

06 October 2011

=(

owner blog nie tgh sedih.
sunyi.
dalm bilik tadak roomate tak dak duk sorang2 sejak lepas raya.
nak bersembang semua kena berjalan.. takpa.. owner blog nie
mmg suka berjalan.
ckp nak kuruih..
HAHA :(






syg aku kepadanya.

sesungguhnya aku dalam kesedihan dan aku memerlukan dia.

29 September 2011

TENSION!!!

dalam kelas Tension n sakit kepala kot !!! Argghhhhh



 berdenyut2 da nieeee.....

Keindahan Al - Faatihah

●●●▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●
(¯`♥´¯) Keindahan Al - Faatihah (¯`♥´¯)
●●●▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●
╰★╮ALLAH SWT berfirman dalam Hadits Qudsi:
"Wahai Bani Adam! Aku telah turunkan kepadamu tujuh ayat. Tiga di antaranya untuk-KU, tiga lagi untukmu. Sedang yang satu untuk kita bersama. Adapun yang tiga untuk-KU ialah:
الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Yang satu untuk kita bersama ialah:
Yang satu untuk kita bersama ialah:
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
Dari pihakmu melakukan ibadah, sedang dari pihak-KU memberikan pertolongan.
Adapun yang khusu untukmu ialah:
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلا الضَّالِّينَ
[HQR Thabarani]
╰✿╮ ALLAH SWT telah memberitahu kepada kita melalui Nabi Muhammad صلى الله عليه Ùˆ سلم bahawa DIA telah menurunkan tujuh ayat Faatihatul Kitaab, iaitu Surah al-Faatihah. Di antara tujuh ayat itu ada tiga ayat khusus bagi ALLAH semata, iaitu yang berupa pujian yang tidak boleh disekutui hamba-hambaNYA.
╰✿╮Adapun ayat ke lima dari surah al-Faatihah ini mengandungi dua aspek:
╰✿╮Di satu pihak bagi hamba ALLAH, iaitu yang melakukan ibadah kepada ALLAH dan memohon pertolongan-NYA
╰✿╮ Di pihak yang lainnya ALLAH SWT yang berhak menerima ibadah dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambaNYA.
╰✿╮ Tiga ayat yang khusus berkenaan dengan hambaNYA yang membawa maksud, permohonan bimbingan serta Taufiq-NYA kepada Agama yang haq, yang benar tiada liku-likunya. Dan jalan yang lurus itu adalah agama Islam. Yang dimaksudkan dengan ayat ke 7 adalah, nikmat yang telah diberikan kepada para Syuhada, Shiddiqiin, dan orang-orang yg Soleh. Mereka yang sesat pula beerti golongan yang telah menyimpang dan menyeleweng daripadaNYA.


KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH
baca dan amalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang
mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.
baca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah
mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya. :D :D


CP. 

28 September 2011

Release Tension sikit !

Jom kita main 1 permainan
bergelak sebentar atau senyum sejenak. release tension~
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
sambungkan bg jadi 1 ayat..
KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA~ (JAWAPAN JUJUR BARU BEST) ~

Rugby Win

Asalamualaikum.. letih di badan tak hilang lg..
tp nak bgtau kat hampa yg disebabkan menang rugby friendly harinie punya pasai lah.
teruja nak taip entry nie.. hee

Rugby PTSS Menang kot tadi.. .
serius aku seronok gila babi lah sebab menang tadi..

kiranya game tadi menang 12-7 . second game kami skor.
salah 1 nya aku sendiri trial. dr bntuan kawan2 aku semua..
nak ja aku tunjuk gambar. tp ada kat kawan.. tp takpa insyaAllah nt aku upload kan.

Aku main first team..
second team pon mng jgk.. result yg lebih kurang sama lah..
aku bngga dgn kawan2 kiranya kami p nie dgn geng underdog. hehe
tp still boleh comit momentem yg  sama2 sakit sama2..
apa aku nak bgtau aku SERONOK ! Sbb menang tadi.
PTSB pon tak kurang kuat nya dgn kami..
sama2 kuat..
haha..
apa2 pon takat nie lah dulu. hee.
da rasa megantok lah pulak. nt aku upload gambar lah.. hee.
asalamualaikum..


one cherr for PTSS HEE!
HEEEE!!


26 September 2011

about me and rugby

Ehem2 .. Asalamualaikum..
di sini ada 1 announcement yg wajib anda baca.. (even nak baca entry nie)
hari rabu minggu nie..
28/9/2011 .
tarikh saya fly keluar friendly RUGBY dgn politeknik KULIM kedah.
sekian trima kasih. haha.

apa apa pon tak sabar gila dah nie nak p friendly..
dga kata depa punya prop(position) besar gila dari aku ouh..
di punya heat tip top..
tumbangkan budak tentera sampai separuh dari game.
 5 org. time tournemant Piala Dato Lat alor star.

takpa lah.. lusa(28/09/2011) kita bertemu la antara buku dan ruas.
lagi pon aku ada mission yg nak di sampai kan di sana..
sma ada aku nak du usung keluar padang atau pon dia di usung keluar padang.
that my misson.
tak kasar sngt pon kan.. biasalah main rugby kan.. small matter je pon..
btw aku dalam keadaan injured lg. hehe tp rasa gemuruh nak p lawan lusa nie(28/09/2011) tak sanggaa dah nie.. haha

btw injured tak injured kita jumpa kat dalam padang..








takpa. ptg nie dan esok nak training.. dan apa2 pon persiapan kena lah lengkap kan..
aku da bersedia ! i can do it.

21 September 2011

hargaihatilelaki

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya walaupn tpaksa meninggalkn masa dpannya dan ada yg sanggup membunuh diri jikalau kekasihnya meninggalkanya..Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Btuahlah perempun tu klu ada lelaki yg pernah mengalirkan air mata untuknya..Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn ikhlas ialah: .. Dia akan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja walaupun dia tidak diperlukan oleh kekasihnya. .. Dia selalu merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya walaupun masalah itu sebesar biji rambutan. .. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. .. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya dan ingin mengambil tahu apa yg kekasihnya sdang buat wlupn mereka telah bpsah keadaan ini akn bterusan. .. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. .. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya. .. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya. .. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya utk bjumpa,kluar bsama walaupun hnya sebentar. .. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain dan kwn2nya. .. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. .. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. walaupun kekasihnya memakinya supaya tinggalkanya .. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan cerita segala mslhnya dgn kekasihnya malah sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. .. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. .. BODOHlah perempuan yg pernah mempunyai kekasih yg pnh melakukan perkara diatas namun mereka tdak menghargai dan memberinya pluang lalu meninggalkan lelaki yg slama nie ikhlas dan setia mencintainya... Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan terutama disaat kekasihnya meminta utk memutuskan hbgn mereka..lelaki juga ingin disayangi.. jagalah pasaan lelaki...HARGAILAH HATI LELAKI..

Apabila Latihan Industri Ku di Semester AKHIR

Asalamualaikum..
di umum kan LI(latihan industri) bg kos DIP (diploma in programming)
seramai 58 org . Pada Semester akhir iaiatu Sem 6. Pelajar batch julai 2010 yg pertama Li semester akhir!

menjdi pelajar petama Sem 4 still kat politeknik..
tua bangka la ceqq oii..

ada yg mara2 ada yg suka..
depand pada setiap individu.. tp apa yg menarik nya..
owner blog nie takcari lg. so tak susah2 nak cari lg..
bolah la rilex2 dulu.
just kesian kat kawan2 yg lain da apply tmpt da dpt da antaq surat..
tp.....
kna amik balik semua tu.
nak buat gena terima ja lah..
qadar dan qada..
suratan dan kebetulan..


HAPPY Li sem 6 dan boleh apply kerja terus. huhu
boleh la aku pulun belajar dulu kat politeknik nie..
politeknik TSS
arioss..
thinking outside box.
don ushar2 inbox
kot kena katox !